Samsung Galaxy S21 FE 5G Lancar, Spesifikasi Padu Dengan Harga Mampu Milik

Digital
4 Jan 2022 • 2:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Samsung yang merupakan pengeluar telefon pintar terkenal baru saja melancarkan telefon pintar terbarunya yang mampu milik bersama spesifikasi padu iaitu Samsung Galaxy S21 FE 5G. 

Untuk spesifikasi, ia didatangkan dengan skrin sebesar 6.4 inci FHD+ Dynamic AMOLED 2X yang menyokong sehingga 120Hz refresh rate. Bagi cip pemprosesan pula, ianya dikuasakan dengan cip Exynos 2100 5nm.

image is not available

Samsung Galaxy S21 FE 5G ini hadir dengan memori 8GB RAM dengan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB dan 256GB. Kapasiti bateri telefon pintar ini adalah sebesar 4,500mAh yang menyokong sehingga 25w pengecasan pantas.

Pengalaman fotografi luar biasa

image is not available

Untuk pengalaman fotografi pula, ia didatangkan dengan tri-kamera iaitu 12MP ultra-lebar + 12MP OIS + 8MP telefoto. Untuk kamera depan pula hadir dengan sensor 32MP. Siap Space Zoom sehingga 30x tau!

Bagi sesiapa yang berminat, Samsung Galaxy S21 FE 5G dijual pada harga RM2,899 untuk model 128GB dan untuk model 256GB pula pada harga RM3,099. 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.