Ini Realiti, Bukan Sinetron! Dulu Sakit Terlantar Isteri Jaga, Bila Sihat Tertangkap Serumah Dengan Skandal

14 Jan 2022 • 9:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
skandal

Air susu dibalas tuba. Itulah luahan seorang anak perempuan yang terlalu kecewa, sedih dan marah dengan perbuatan bapa kandungnya sendiri.

Menerusi video yang tular di TikTok, Reni Wijaya telah berkongsi rakaman ketika dia menerjah sebuah rumah dan telah dihalau oleh satu pasangan.

Rupa-rupanya, menurut Reni itulah rumah tempat ayahnya bermadu asmara bersama skandal perempuannya itu. Pada mulanya, mereka disangka akan panik selepas ‘kantoi’ berhubungan sebaliknya Reni dimarahi, ditolak dengan kasar serta didesak untuk pergi dari situ.

Perkongsian itu mendapat lebih 25juta tontonan di TikTok dan Reni yang bersedih dengan apa yang berlaku turut menceritakan detik ketika ayahnya itu sakit pada tahun lalu.

Katanya, ketika perlu berulang-alik ke pusat perubatan kerana masalah Tuberculosis dan ketika terlantar tidak mampu menguruskan diri sendiri, skandal tersebut hilang entah ke mana. Anak-anak dan isteri yang ada di sisi bersusah payah menjaganya siang dan malam. Namun, selepas sembuh ayahnya itu kembali membuat ‘perangai’ dan tergamak mengguris hati ibunya.

image is not available

Melihat reaksi netizen yang menonton rakaman tersebut turut sama berasa marah terhadap bapa Reni selain geram terhadap wanita simpanannya yang mengasari dan mengusir Reni.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved