Wanita Nak Saman KJ & KKM Sebab Suami Senyap-Senyap Bawa Anak Pergi Suntik Vaksin

19 Jan 2022 • 5:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita ‘naik angin’ selepas mendapat tahu anaknya diberikan suntikan vaksin secara senyap-senyap meskipun dia sudah menghalangnya.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, wanita yang juga merupakan seorang peguam itu turut meminta butiran tentang identiti petugas kesihatan yang memberikan suntikan tersebut kepada anak lelakinya.

Bagaimanapun, difahamkan suaminya sendiri yang telah membawa anak mereka berusia 13 tahun itu ke klinik kesihatan tanpa pengetahuan wanita tersebut.

Suntikan dibuat dengan consent form yang ditandatangani oleh encik suami sebagai bapa kandung…”

image is not available

Berdasarkan entri di Facebook wanita itu, dia memaklumkan dia mahu menyaman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang dan Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan.

Demi kepentingan awam, saya akan memfailkan suatu Saman Pemula di Mahkamah Tinggi.”

image is not available

Suami wanita tersebut sendiri menjelaskan bahawa dia memang telah membawa semua anak mereka mendapatkan suntikan vaksin dan tidak takut dengan isterinya.

image is not available

Sementara itu, Khairy Jamaluddin menerusi Instagram story telah mengesahkan bahawa beliau sedia maklum tentang al itu dan memaklumkan dirinya bakal disaman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 hari lalu

Pasangan 'Antivax' Beli Sijil Vaksin Palsu Sebab Tak Mahu Terlepas Dapat Bonus Tahunan Kerajaan