Biadab! Netizen Gesa Vida Mohon Maaf Kepada Anuar Zain

26 Jan 2022 • 2:43 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida dikecam hebat oleh netizen selepas mengeluarkan kenyataan biadap terhadap penyanyi kesayangan ramai, Anuar Zain.

Ibarat menjolok sarang tebuan, itulah yang boleh disimpulkan mengenai kontroversi dicetuskan Vida.

Terbaharu, dia menggelar penyanyi popular, Anuar Zain sebagai gay sewaktu menjawab pertanyaan netizen dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun media sosial.

Dalam video itu ada netizen memintanya untuk cuba mengorat Anuar Zain tetapi dengan nada sinis, DSV mengaibkan penyanyi itu. 

Kenyataan itu lantas mengundang amarah dan kecaman terutamanya daripada peminat-peminat Anuar Zain yang menyifatkan tindakan Vida sebagai biadap. 

Turut terkesan dengan video itu ialah kakak kepada Anuar iaitu penyanyi terkenal, Ziana Zain yang meninggalkan komen di perkongsian itu. 

image is not available

Sementara itu, ruangan komen Instagram Vida dihujani dengan kecaman dan menggesanya supaya memohon maaf terhadap Anuar Zain. 

image is not available

Nampaknya kontroversi dan Vida berpisah tiada. Satu persatu kontroversi yang cuba dicetuskannya. Adakah ini salah satu strategi untuk melariskan produknya? Apa pun, ramai menanti permohonan maaf daripada Vida. - Getaran, 26 Januari 2022

Gambar: Tik Tok