Bersatu tidak terkesan dengan PBM

Politics
10 Jan 2022 • 7:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak memberi kesan besar.

Menurutnya, pemimpin PBM bukan terdiri daripada ahli partinya.

"Larry Sng (Ahli Parlimen Julau) dahulunya bekas PKR tetapi menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) serta tidak pernah menyertai Bersatu.

"Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dan yang di Perak tidak tahu (sokong mana). Dengar dia sokong Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, tidak pasti dalam rekod dia pernah menjadi ahli Bersatu atau tidak," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara, dekat sini, pada Isnin.

Sabtu lalu, Larry diumum sebagai Presiden PBM manakala Haniza Talha sebagai timbalannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved