Banjir Melaka pulih, semua PPS ditutup

13 Jan 2022 • 9:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MELAKA - Keadaan banjir di Melaka pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Jasin ditutup pada jam 7 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, PPS itu sebelum ini menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Lanchang.

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan tersebut surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Secara keseluruhan, sebanyak 23 PPS dibuka sejak 1 Januari lepas bagi menempatkan 2,744 orang daripada 696 keluarga dari daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved