Bunuh: Rayuan pendakwaan berhubung ikat jamin batal

12 Jan 2022 • 12:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Mahkamah Rayuan pada Selasa membatalkan rayuan pendakwaan terhadap jaminan yang diberikan ke atas pemilik restoran yang didakwa membunuh.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Supang Lian dan Dato’ Nordin Hassan membuat keputusan itu melalui sidang video selepas dimaklumkan oleh pendakwaan, sebagai perayu, bahawa mereka ingin menarik balik rayuan mereka.

Perayu pada 3 Novemberi 2021 memfailkan rayuan terhadap jaminan yang diberikan Mahkamah Tinggi terhadap responden, Hobalan N. Vello.

Hobalan menjadi tertuduh pertama di negeri ini yang dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Oktober 2021 atas kesalahan tidak boleh jamin sementara menunggu perbicaraan.

Hobalan, 38, yang berkerusi roda, terdahulu pada tarikh sama meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Dia dituduh melakukan jenayah itu ke atas Albert @ Recquel A Agang, 53, antara pukul 11.30 malam pada 18 Disember 2020 dan 12.05 tengah malam 19 Disember 2020 di luar restoran My Heaven Seafood di Beaufort.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.