Varian Omicron Terbaru Kini Mengganas Di Eropah Dan India

27 Jan 2022 • 11:48 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Dilaporkan terdapat varian omricon versi baharu ditemui di Eropah dan India. Varian terbaru yang ditermui tersebut dijangka mampu ‘melangkaui’ versi semasa, selepas 400 kes dikesan di United Kingdom (UK), sejak beberapa minggu lalu.

Minggu lalu, Agensi Keselamatan Kesihatan UK mengklasifikasi sub-varian Omicron BA.2 sebagai varian dalam siasatan (VUI).

Ketika ini, varian Omicron semasa dikenali sebagai Omicron BA 1.

Memetik laporan The Mirror, lebih 6,400 kes varian Omicron versi baharu ditemukan di Denmark, yang kini dipercayai menjadi pusat penularan.

Bagaimanapun, ketua doktor dan penyelidik virus di Institut Serum Statens (SSI), Anders Fomsgaard memaklumkan pihaknya tidak dapat melihat sebarang perbezaan dalam kadar kemasukan ke hospital dan kes kematian selepas penemuan varian Omicron BA 2.

Sumber: Utusan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved