Lelaki maut motosikal ditunggang langgar tiang

8 Jan 2022 • 9:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

TANJUNG MALIM - Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar tiang Telekom Malaysia (TM) di Kampung Penderas, Slim River, di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh.

"Keadaan itu menyebabkan mangsa terbabas lalu melanggar tiang TM di kiri jalan dan cedera di kepala.

"Mangsa yang disahkan meninggal di lokasi kemalangan dibawa ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved