5 Aktiviti Menarik Sempena Tahun Harimau Menanti Anda! 

27 Jan 2022 • 11:45 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Musim perayaan ini, Pavilion Bukit Jalil mengundang semua rakyat Malaysia ke Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 yang menampilkan barisan acara perayaan menarik, persembahan budaya, promosi serta hadiah-hadiah eksklusif.

“Memandangkan harimau ialah haiwan yang penuh dengan tenaga positif, tuah dan kekuatan, Tahun Harimau ini sesuai untuk kita menjiwai sepenuhnya semangat mencapai kemajuan.

“Pavilion Bukit Jalil mengalu-alukan semua untuk menyelami Tahun Baharu Cina 2022 yang sejahtera, bertuah dan meriah!” ucap  Ketua Pegawai Peruncitan Pavilion KL, Datuk  Joyce Yap. 

image is not available

#1 Sambutan Tahun Baharu Cina di Centre Court

Sedia terpesona melihat dekorasi tanglung merah dan musim bunga yang gah di ruang tengah utama Pavilion Bukit Jalil!

Terdapat juga replika istana lama di tengah-tengah ruang legar ini. Inilah masanya untuk anda merakam gambar kenang-kenangan bersama keluarga dan sahabat handai. 

Abadikan sekeping gambar anda menyambut Tahun Baharu Cina yang meriah ini!

image is not available

#2 Lantern Carousel dan Lunar Train

Anda juga boleh membawa anak-anak menaiki Lantern Carousel atau Lunar Train dengan hanya RM10.

Selain swafoto, anak-anak anda boleh menikmati aktiviti yang tidak dapat dilupakan ini, di samping pengalaman membeli-belah di Pavilion Bukit Jalil!
 

image is not available

#3 Spring Blossom Tunnel

Bukan itu sahaja, di lokasi yang sama anda juga boleh mengunjungi Spring Blossom Tunnel, sebuah terowong cantik yang dihiasi dengan kembangan sakura!

Terasa seperti di taman-taman di China, terowong musim bunga ini lokasi wajib yang anda harus kunjungi!

image is not available

#4 Dome of Wonders 

Saksikan persembahan pemetaan 3D pertama di pusat beli-belah di Malaysia!

Dongak ke atas untuk melihat sendiri magis Dome of Wonders yang bertemakan kisah-kisah Tahun Baharu Cina di aras 2, Centre Court. 

Pertunjukan 3D ini akan berlangsung setiap hari pada jam 9 malam sehingga 15 Februari 2022. 

#5 Yoohoo 2022 CNY Roadshow

Dengan kerjasama Media Prima, sertai #Yoohoo2022 untuk kemeriahan malam Tahun Baharu Cina yang penuh keseronokan! 

Anda berpeluang menemui selebriti-selebriti dan personaliti radio kegemaran anda.

Semua perkara hebat ini boleh anda rasai di Pavilion Bukit Jalil. - Getaran, 27 Januari 2022

image is not available

Gambar: Pavilion Bukit Jalil