RFID: Pengguna perlu diberi pilihan

19 Jan 2022 • 10:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA- Pengguna lebuh raya perlu diberi diberi pilihan sama ada menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio, Touch N Go (TnG), atau smart tag untuk pembayaran tol.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat kabinet pada Rabu.

Menurutnya, pilihan sama turut telah diberikan kepada pengguna sewaktu peralihan pembayaran tunai kepada TnG dan smart tag.

"Sekarang kita mahu memperkenalkan RFID untuk percepatkan laluan, tiada gate dan sebagainya. Cadangan itu bagus tetapi dari segi pengguna, mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID, TnG atau smart tag," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2022, dekat sini sebentar tadi.

MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved