Lenovo Mempatenkan Komputer Riba Dengan Tablet Yang Boleh Ditanggalkan

TechnologyDigital
10 Jan 2022 • 3:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Di CES 2022, Lenovo ThinkBook Plus Gen 3 diumumkan dengan ciri unik mempunyai sebuah panel LCD sesentuh bersebelahan papan kekunci. Skrin ini boleh digunakan untuk memaparkan susur masa ketika menyunting video, memaparkan aplikasi kedua, melancarkan aplikasi Android dan skrin pendua memaparkan skrin pada telefon pintar yang ditambat. Ciri-ciri ini sememangnya unik tetapi Lenovo telah mempatenkan rekaan komputer riba yang lebih aneh.

image is not available

Menurut laporan 91Mobiles, paten sebuah komputer riba dengan tablet mini yang boleh ditanggalkan telahpun difailkan oleh Lenovo ke WIPO. Tablet disorokkan di belakang skrin komputer riba. Apabila diperlukan, sebahagian tablet boleh ditarik keluar untuk menawarkan skrin lebih lebar. Ia juga boleh ditarik sepenuhnya untuk digunakan sebagai tablet biasa.

image is not available

Tablet boleh digunakan untuk mengambil nota mesyuarat yang dilakukan secara telesidang dengan ia turut menyokong penggunaan stylus. Ia juga boleh digunakan sebagai tablet untuk melayari web. Paten difailkan pada Jun 2021 dan diterbitkan pada Disember 2021.Kewujudan paten tidak bermakna ia akan dihasilkan secara komersial. Dengan rekaan yang agak kompleks, ia mungkin sekadar paten sahaja dalam masa terdekat.