Siri Black Shark 5 Bakal Dilengkapi Cip Snapdragon 8 Gen 1 – Pelancaran Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
21 Jan 2022 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

BlackShark sedia terkenal dengan penawaran variasi produk yang memfokuskan kepada permainan. Setiap satu produknya akan hadir dengan penawaran menarik dan ditawarkan pada julat harga mengikut kesesuaian. Antara produk paling terkini yang baru sahaja ditawarkan di Malaysia adalah BlackShark 4 Pro dengan harga jualan bermula RM2,599.

image is not available
BlackShark 4 Pro

Dalam perkembangan terbaharu, kewujudan Black Shark 5 juga telah didengari sejak kebelakangan ini dan ini menandakan mereka dalam persediaan untuk pengenalannya tidak lama lagi. Desas-desus awal yang mengatakan peranti kelak akan dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 1 ternyata bukanlah satu dakwaan tidak berasas. Sebaliknya, ia benar malahan turut telah disahkan sendiri oleh pihak Black Shark menerusi perkongsian terkini di Weibo.

Ini juga menandakan bahawa kita bakal melihat lebih banyak peranti dengan cip berkenaan yang akan membanjiri pasaran pada tahun ini. Namun apa yang menjadi persoalan ketika ini, masih tidak dapat dipastikan model manakah yang bakal menggunakannya. Hal ini disebabkan oleh siri ini dijangka hadir dalam beberapa variasi yang berbeza. Pada masa sama, Black Shark juga masih mengambil pendekatan untuk berteka-teki mengenai tarikh pelancaran rasminya.

image is not available

Menurut spekulasi awal, Black Shark 5 akan menggunakan sistem tata susunan cakera memori SSD boleh meningkatkan prestasi peranti. Pada masa sama, ia juga akan memiliki butang bahu fizikal untuk pengalaman permainan lebih baik. Untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita nantikan perkongsian mengenai peranti ini dari masa ke semasa.

Sumber : Weibo