2022 Bakal Dihiasi Dengan Barisan Filem Pecah Panggung

Movie
6 Jan 2022 • 2:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Tahun 2022 bakal menyaksikan banyak filem menarik yang akan menjengah pawagam di seluruh dunia. Selepas jutaan penduduk dunia menerima suntikan vaksin COVID-19, pawagam dilihat kembali meriah dengan filem-filem menarik.

Penghujung 2021 menyaksikan dua filem mega iaitu No Time To Die dan Spiderman: No Way Home mendominasi carta filem di seluruh dunia dan ini merupakan petunjuk yang baik untuk industri filem kembali rancak di pawagam.

Getaran senaraikan 10 filem menarik yang bakal membuatkan anda tidak sabar menonton di pawagam untuk tahun 2022.

House of Gucci (Januari 2022)

Filem yang dibintangi oleh barisan pelakon terkenal termasuklah Lady Gaga ini mengisahkan tentang kisah jenayah pembunuhan dan dunia fesyen yang penuh glamor berdasarkan kisah benar yang terjadi dalam keluarga Gucci. Antara watak yang mencuri tumpuan tentunya Jared Leto yang merubah fizikalnya sehingga kelihatan sangat berbeza. Lady Gaga juga disebut-sebut bakal membawa pulang anugerah Oscar untuk wataknya dalam filem ini.

Morbius (Januari 2022)

Satu lagi  filem adiwira terbitan Marvel iaitu Morbius bakal menjengah pawagam seluruh dunia pada Januari ini. Morbius dibintangi oleh Jared Letto sebagai watak utama. Morbius sebenarnya adalah salah satu watak dalam siri Spiderman. Namun watak ini telah diangkat untuk dijadikan sebuah filem.

The Batman (Mac 2022)

Filem adiwira kegemaran ramai ini kembali untuk versi baru bersama pemeran baru iaitu Robert Pattinson yang memegang watak sebagai Batman dan atau Bruce Wayne. Lebih menarik filem terbaru Batman ini turut menampilkan watak Catwoman baharu yang dilakonkan oleh Zoe Kravitz. 

Top Gun : Maverick (Mei 2022)

Filem popular lakonan Tom Cruise ini akan membuat kemunculan semula di pawagam seluruh dunia selepas kali terakhir ditayangkan pada tahun 1986. Menerusi filem inilah nama Tom Cruise meledak dan menjadikan beliau antara pelakon gred A di Hollywood. 

Doctor Strange In The Multiverse Of Madness (Mei 2022)

Antara filem yang dinantikan oleh peminat filem Marvel terutamanya buat mereka yang telah menonton filem Spiderman No Way Home yang ditayangkan baru-baru ini. Di penhujung filem itu, terdapat sedutan filem Doctor Strange yang terbaru yang membuatkan ramai teruja untuk melihat apa yang terjadi.

Thor Love And Thunder  (Julai 2022)

Peminat Chris Hemsworth pasti teruja untuk menyaksikan beliau kembali beraksi sebagai Thor selepas kali terakhir dia melakonkan watak itu menerusi filem The Avengers Endgame pada tahun 2019. Menariknya untuk filem Thor terbaru ini ialah kemunculan Christian Bale yang memegang watak sebagai Goor The go Butcher. Turut sama terlibat dalam file mini ialah Chris Pratt yang memegang watak sebagai Star Lord.

Mission Impossible 7 (September2022)

Filem ejen perisik Amerika Syarikat yang dibintangi oleh Tom Cruise ini sememangnya sentiasa dinantikan oleh peminat filem aksi. Turut kembali bersama Tom Cruise dalam filem ini ialah Rebecca Ferguson, Ving Rhames dan Simon Pegg. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Tom Cruise (@tomcruise)

The Flash (November 2022)

Akhirnya watak adiwira The Flash bakal mempunyai filemnya sendiri. The Flash yang dibintangi oleh Ezra Miller. Dalam filem ini, The Flash akan kembali ke masa lalu untuk mengelak daripada ibunya dibunuh. Turut membintangi filem ini ialah Ben Affleck dan Machael Keaton. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by The Flash (@theflashmovie)

Black Panther : Wakanda Forever (November)

Antara filem adiwira yang dinantikan sekuelnya sejak kemunculan pertama pada tahun 2018. Namun peminat Black Panther di seluruh dunia meratapi pemergian pelakon utamanya iaitu Chadwick Boseman yang meninggal dunia pada tahun 2020 akibat kanser. Plot filem sekuel ini terpaksa diubah selepas kematian Chadwick kerana penerbit tidak mahu menggantikan watak Black Panther dengan pelakon lain buat masa ini. Jadi watak utama untuk filem ini digalas oleh teman wanita Black Panther iaitu Nakia yang diperankan oleh Lupita Nyong’o.

image is not available

Avatar 2 (Disember 2022)

Filem sekuel yang paling dinanti-nantikan sejak filem pertamanya ditayang pada tahun 2019. Filem Avatar yang pertama pernah menjadi filem yang paling laris di dunia sehingga rekodnya dicantas oleh filem The Avengers Endgame. 13 tahun penantian untuk filem kedua, Avatar 2 semestinya berbaloi untuk ditonton dengan kesan visual khas yang lebih canggih. – Getaran . 6 Januari 2022 - Getaran, 6 Januari 2022

        View this post on Instagram                      

A post shared by Avatar (@avatar)