Awas! Pemilik Kucing & Anjing Boleh Didenda Jika Si Bulus Berak Merata-rata Di Rumah Jiran

14 Jan 2022 • 8:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Isu haiwan peliharaan jiran seperti kucing dan anjing yang dibiarkan berkeliaran dan membuang najis merata-rata bukan satu lagi perkara baru di negara kita.

Keadaan ini jika tidak dikawal pasti boleh mewujudkan perasaan yang kurang senang sesama tetangga atau lebih buruk lagi hingga mencetuskan permusuhan.

Namun mungkin ramai yang tidak mengetahui, sebenarnya pemilik kucing atau anjing yang membiarkan haiwan peliharaannya berak merata-rata antaranya di rumah jiran boleh didenda?

image is not available

Denda RM1,000!

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi satu perkongsian di Facebook menjelaskan pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab ini boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 seperti mana termaktub di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Ini kerana kucing dan anjing yang membuang najis merata-rata boleh dianggap sebagai satu ‘kacau ganggu’.

“Dalam Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapati ada gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, PBT boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.

“Dalam Seksyen 81 pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” jelas PPIM yang memetik saluran Youtube, NetxEpisode Channel milik peguam, Nor Zabetha.

image is not available

Menerusi hantaran sama, PPIM turut menjelaskan seseorang jiran mempunyai hak untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika berasakan haiwan yang dibela jirannya  mengganggu ketenteraman.

Hasil carian kami kemudian menemui video tersebut yang dimuat naik Nor Zabetha mengenai isu tersebut.

Juga boleh dipenjara

Namun menurut Nor Zabetha, mengikut Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976, pemilik bukan sahaja boleh didenda malah boleh dikenakan hukuman penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

image is not available
Foto : YT NetxEpisode Channel

Jom lihat video penuh di bawah :