NVIDIA Dilaporkan Akan Menarik Diri Daripada Pembelian Arm

TechnologyDigital
26 Jan 2022 • 12:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua tahun lalu, dunia cip semikonduktor digemparkan apabila NVIDIA mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mahu membeli syarikat pembangun cip pemprosesan mudah-alih Arm untuk $80 bilion. Akan tetapi, perkara tersebut dilihat menghadapi tentangan bukan sahaja daripada syarikat-syarikat lain, tetapi juga badan anti-persaingan di seluruh dunia.

Terkini, laporan Bloomberg mengatakan bahawa NVIDIA akan melupakan hasrat untuk mengambil-alih syarikat tersebut kerana mengatakan bahawa ia mustahil untuk dilakukan, khususnya apabila badan anti-persaingan dari Amerika, Eropah dan China rata-rata tidak membenarkan pengambil-alihan ini berlaku.

Sekiranya berjaya, ia dilihat akan menjadi pembelian terbesar dalam industri cip semikonduktor, dan kerisauan pelbagai pihak ialah ia akan membuatkan monopoli yang tidak akan memanfaatkan mana-mana pihak.

Softbank, pemegang saham terbesar Arm mengatakan bahawa mereka masih lagi memegang harapan bahawa pengambil-alihan ini akan berjaya dan berasa pasti NVIDIA tidak akan melakukan apa-apa yang akan menggugat kestabilan industri cip semikonduktor global.

Sumber: Bloomberg