Pemberian dos penggalak Covid-19 secara walk-in di 4 PPV untuk warga emas

18 Jan 2022 • 10:50 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

PUTRAJAYA : Bermula Rabu ini, warga emas boleh mendapatkan perkhimatan vaksinasi dos penggalak Covid-19 secara jumpa di empat pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan semalam berkata empat PPV tersebut adalah PPV World Trade Centre dan PPV Axiata Arena, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, serta PPV Ideal Convention Centre di Shah Alam dan PPV Integrasi di Dewan Soka Gakkai, Klang di Selangor.

image is not available

“Untuk makluman, warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang telah menerima dos lengkap selepas tempoh tiga bulan daripada dos terakhir, adalah layak untuk menerima dos penggalak.

“Warga emas yang ingin hadir secara ‘walk-in’ adalah dimohon agar mempunyai sijil vaksinasi digital yang lengkap di dalam MySejahtera, bagi melancarkan proses vaksinasi,” menurut kenyataan itu.

Kesemua PPV itu beroperasi setiap hari kecuali cuti umum bermula 2 petang hingga 8 malam, kecuali PPV Dewan Soka Gokkai yang beroperasi dari 12 tengah hari hingga 4 petang.

Sementara itu, kenyataan itu menyatakan PPV ‘Offsite’ di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak juga, akan melaksanakan perkhidmatan vaksinasi secara jumpa terus kepada warga emas mulai 24 Januari ini.

Dalam pada itu, KKM dalam kenyataan itu menyatakan buat masa ini, janji temu di PPV Integrasi di Lembah Klang diberikan kepada individu yang telah menerima dos lengkap AstraZeneca atau Sinovac, untuk diberikan dos penggalak vaksin AstraZeneca.

Bermula Rabu ini juga, vaksin Pfizer akan dibekalkan di PPV tersebut, khusus bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima janji temu, atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved