Lelaki edar syabu ke tali gantung

7 Jan 2022 • 10:42 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang lelaki rakyat Indonesia yang tidak bekerja pada Khamis dihukum mati oleh Mahkamh Tinggi di sini kerana mengedar 169.60gm syabu.

Matin Sahid, 34, didapati bersalah melakukan jenayah itu pukul 1 petang pada 17 Oktober, 2018 di sebuah rumah di Kg Mangga, Kalabakan.

Hakim Mahkamah Tinggi Dr Lim Hock Ling dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Lim juga berkata pendakwaan berjaya membuktikan Matin memiliki dadah itu pada waktu insiden, sekali gus menafikan pembelaannya bahawa dia tidak terlibat dan hanya berada di lokasi dan tidak ada kaitan dengan dadah berkenaan.

Matin disabit kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Matin, bapa dengan tiga anak, menundukkan kepala dan dilihat mengalirkan air mata sambil melemparkan pandangan kepada kakak iparnya yang merupakan satu-satunya ahli keluarganya yang hadir pada prosiding tersebut.

Didapati dalam perbicaraan itu bahawa Matin sedang leka membungkus dadah di rumahnya dan tidak menyedari kehadiran pasukan polis dan cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran mereka.

Perbicaraan itu yang bermula pada Oktober 2021 menyaksikan tiga saksi pendakwaan dipanggil memberikan keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Imran Ali tampil mendakwa manakala Matin diwakili Muhammad Abdul Karim.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.