SAVE 3.0: Kerajaan tawar baucar sehingga RM400 beli alat kelengkapan rumah, ini cara untuk tebusnya di Lazada dan Shopee

7 Jan 2022 • 1:06 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah melancarkan program Save 3.0. Program ini adalah kesinambungan Save 2.0 yang mereka umumkan tahun lepas dan ia masih lagi berjalan sehingga kini. Save 2.0 dan Save 3.0 menarkan rebat untuk kelengkapan rumah yang berlainan kategori.

Di bawah Save 2.0 pengguna yang layak akan terima baucar RM200 untuk dapatkan penyaman udara dan peti sejuk.

image is not available

Tapi untuk 3.0, manfaat telah berubah kepada kelengkapan rumah dalam kategori TV, mesin basuh, ketugar, dan periuk nasi. Setiap kategori pula dihadkan baucar yang ditawarkan iaitu RM200 (TV), RM100 (ketuhar gelombang), dan RM50 (periuk nasi).

Di mana nak tebus Save 3.0

Anda boleh tebus Save 3.0 melalui kedai fizikal yang berdaftar dengan SEDA ataupun secara dalam talian di platform Lazada, Shopee, ataupun PG Mall.

image is not available

image is not available

Siapa yang layak memohon Save 3.0

Disebabkan Save 3.0 adalah kesinambungan kepada Save 2.0, kebanyakkan syarat-syarat yang digunakan sebelum ini dibawa ke program baharu ini dengan beberapa penambahan. Syarat kelayakan Save 3.0:

  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna / Pemilik yang tinggal di premis yang berdaftar dengan syarikat utility seperti TNB, SESB, SEB, dan Nur Power Sdn. Bhd.
  • 1 akaun utiliti hanya layak memohon 1 rebat untuk setiap kategori
  • Penerima Save 2.0 tidak layak untuk memohon Save 3.0 kategori 1
  • Siapa cepat dia dapat

Anda boleh layari laman rasmi SEDA untuk maklumat lanjut tentang Program Save 3.0.

Sumber: SEDA

Bacaan berkaitan