Murid pakai kemeja labuh sampai ke lutut, pendedahan tidak disangka-sangka sentuh hati warga maya

LocalFamily & Parenting
21 Jan 2022 • 12:13 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SETIAP kali bermulanya sesi persekolahan, guru akan berhadapan dengan pelbagai ragam murid-murid.

Seperti seorang murid yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini yang memakai kemeja terlalu besar dan labuh, hingga melepasi paras lutut.

Video berdurasi sembilan saat itu dikongsikan seorang pendidik prihatin iaitu Farrah Norashikin. Katanya dia telah melihat kanak-kanak itu ketika sedang melakukan rondaan di sekitar sekolah.

image is not available

Tanpa berlengah, guru itu membantu merapikan murid yang dikenali sebagai Jebat.

Lebih memilukan, menurut Farrah, kanak-kanak itu kehilangan sentuhan dan perhatian daripada ibunya sejak beberapa bulan susulan ‘diragut’ koronavirus.

“Terima kasih atas doa semua buat anak ini. Ibu dia meninggal sebab Covid -19 beberapa bulan lepas.

“Saya tidak sanggup tengok (keadaan kanak-kanak itu) tanpa perasaan,” katanya.

@cikgu_farrahterima kasih atas doa semua buat anak ini..ibu dia meninggal sbb covid beberapa bln lepas..xsanggup sy tgok tanpa perasaan..harap xdak yg komen♬ Pelangi Petang - Dato' Sudirman

Turut dimaklumkan kanak-kanak itu kini tinggal bersama kakak, abang dan nenek berikutan bapanya bekerja sebagai pemandu lori.

Warga maya tidak dapat menahan pilu dan menitiskan air mata melihat keadaan kanak-kanak itu.

Malah ramai yang mendoakan kesejahteraan anak itu agar tabah menghadapi hidup tanpa ibu di sisi.

- “Jatuh air mata saya sebagai seorang ibu melihatnya. Moga awak membesar menjadi anak soleh yang berjaya dunia akhirat wahai anak.”

- “Realiti apabila emak sudah tiada. Hidup kita akan bertukar jadi gelap seketika, sementara tunggu sang suria bersinar kembali.”

- “Auto tumpah air mata tanpa aku sedari, sedihnya YA ALLAH. Semoga anak ini jadi kebanggaan ibu ayah nanti, aminn. Allahuakbar...”

- “Itu yang orang kata, hilang bapa umpama hilang dapur. Tapi hilang emak umpama hilang satu rumah, tabah ya adik”

- “Terkenang anak sendiri. Bagaimana kiranya aku tiada, bolehkah suami urus anak-anak seperti mana aku uruskan?”

Menerusi ruangan komen warganet juga turut terbuka untuk memberikan sumbangan kelengkapan sekolah buat kanak-kanak itu.

Video tersebut meraih lebih 1.8 juta tontonan dan pelbagai respon daripada warga maya.

Menerusi video berikutnya, guru berkenaan dilihat menziarahi keluarga kanak-kanak berkenaan.

“Alhamdulillah terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap anak-anak ini. ALLAH sahaja dapat membalasnya,” katanya.

@cikgu_farrahalhamdulillahterima kasih kpd semua yg prihatin terhadap anak2 ini..Allah sahaja dpt membalasnya ❤️♬ Terasing - Dato' Sudirman

Ternyata peranan guru tidak hanya mendidik. Cakna mereka lebih daripada itu demi kemanusiaan. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

View Original Article