Morrison serah isu status visa Djokovic kepada Hawke

14 Jan 2022 • 12:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PERDANA Menteri Australia, Scott Morrison tidak mahu mengulas mengenai status visa Novak Djokovic sebaliknya menyerahkan isu tersebut kepada menteri Imigresen untuk memutuskan sama ada untuk membatalkannya atau tidak.

Djokovic sebelum itu disahkan dalam undian rasmi untuk kejuaraan Terbuka Australia walaupun terdapat ketidakpastian sama ada kerajaan negara tersebut akan membatalkan visanya untuk kali kedua.

Menteri Imigresen, Alex Hawke sedang mempertimbangkan untuk menggunakan kuasa budi bicaranya untuk membatalkan visa pilihan utama Djokovic yang boleh menghalang usaha bintang Serbia itu untuk merebut gelaran tenis utama ke-21 di Terbuka Australia.