Mayat reput ditemui terdampar di pantai

3 Jan 2022 • 8:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA NERUS - Penduduk Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit di sini terkejut selepas menemui mayat terdampar di pesisir pantai kampung itu pada Isnin.

Mayat yang sudah reput tanpa identiti itu ditemui kira-kira jam 8 pagi ketika beberapa penduduk melalui kawasan pantai tersebut dan bertindak menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pengesahan identiti dan jantina mayat masih dalam siasatan kerana keadaan mayat yang telah reput.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Batu Rakit untuk proses pengecaman," katanya.