5 Dekorasi Tahun Baharu Cina Yang Meriah! 

3 Feb 2022 • 8:42 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Di negara kita, dekorasi besar-besaran yang bertemakan musim perayaan di pusat beli-belah bukanlah suatu perkara yang asing. 

Jadi, tidak hairan jika sempena Tahun Baharu Cina ini, pusat beli-belah di sekitar Selangor turut mengambil bahagian dalam memeriahkan lagi sambutan Tahun Harimau ini. 

Sedia terpesona, swafoto sambil menghargai usaha di sebalik setiap hiasan yang ditampilkan, berikut lima dekorasi sempena Tahun Baharu Cina di pusat beli-belah yang harus anda kunjungi!

image is not available

#1 Setia City Mall

Melangkah masuk ke taman serba mempesona, 'Garden of Dreams' di Setia City Mall.

Terdapat juga menara pagoda setinggi 8 kaki yang dikelilingi pohon sakura berkembang mekar. Terdapat juga kandang harimau yang mengasyikkan.

Jangan lupa mengambil gambar kenang-kenangan di sini dan sertakan tanda pagar #SCMCNY2022 untuk peluang disiarkan di media sosial rasmi Setia City Mall.

image is not available

#2 1Utama Shopping Centre

Dekorasi Tahun Baharu Cina di pusat beli-belah ini bertemakan 'Teochew Town' di Centre Court. 

Diinspirasikan daripada seni bina dari Guangdong, China, astaka-astaka indah bercirikan ketimuran ini berketinggian 30 kaki. Ia pastikan membangkitkan mood 'Xin Nian' anda.

Abadikan kenangan indah dengan bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan! 

image is not available

#3 Sunway Pyramid

Sunway Pyramid menyambut perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini dengan #100Blessings ! 

Sesuai tema, Lion, sang ikon Sunway Pyramid kembali membuat kemunculan dengan berpegang teguh nilai-nilai kekeluargaan dan elemen Fu.

Jangan lepaskan peluang temui dan beramah mesra dengan Lion yang comel ini!

image is not available

#4 Central i-City

Pusat beli-belah ini sedia ‘mengaum’ untuk ‘The Great Tiger Power' sempena sambutan Tahun Harimau. 

Dengan dekorasi yang diilhamkan oleh pelukis dari Thailand, Phannapast, jangan lepaskan peluang untuk bergambar sakan! 

Hadirlah ke aras G, Central i-City bersama keluarga dan rakan-rakan sekarang!

image is not available

#5 Mitsui Outlet Park KLIA

Membeli-belah sambil menjamu mata melihat dekorasi 'Blooming Prosperity' di Mitsui Outlet Park KLIA.

Apa kata anda singgah dan cuci mata melihat barangan berjenama yang ditawarkan jenama-jenama mewah yang terdapat di sini.

Inilah masanya untuk anda beli-belah! - Getaran, 3 Februari 2021

Semua gambar: Selangor Travel