Dari tayar terpakai jadi 'bangku santai'

26 Feb 2022 • 6:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JENGKA - Seorang peneroka menjadikan hobi mengubah suai tayar kenderaan untuk dijadikan tempat duduk seperti 'bangku santai' sebagai pendapatan sampingan.

Mat Jam Ijam,61, dari Felda Jengka 24 berkata, kebiasaannya dia menggunakan tayar terpakai jenis 'sport rim'.

"Aktiviti saya ini bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan kerana ketika itu banyak masa luang.

"Saya guna tayar-tayar terpakai sedia ada," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Kata Mat Jam, dia tidak sangka hasil kerja tangannya itu menarik perhatian penduduk setempat bahkan menerima sambutan menggalakkan daripada peminat barangan itu termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menggunakannya untuk landskap.

"Saya jual dengan harga RM70 bagi satu unit dan sedia menerima tempahan pada bila-bila masa.

"Pada masa ini saya hanya membuatnya jika terima tempahan," katanya yang menetap di Felda tersebut sejak tahun1986.

Sementara itu, Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud berkata, pihaknya akan membantu Mat Jam untuk mempromosikan hasil kerja tangannya itu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved