Gunakan Islam Untuk ‘Content’, YouTuber Korea ‘Kantoi’ Mabuk Di Kelab Malam

Entertainment
11 Feb 2022 • 8:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sering terpalit dengan kontroversi, YouTuber Korea, Daud Kim kini trending di laman Twitter dan kembali menjadi bualan netizen selepas tular beberapa video yang memaparkan dirinya berada di sebuah kelab malam dan sedang mabuk.

Difahamkan, video tular itu diambil oleh pengguna media sosial menerusi Instastory rakan Daud Kim.

Susulan itu, muncul dakwaan bahawa Daud Kim hanya mempergunakan agama Islam demi konten dan hanya untuk mendapatkan pengikut yang ramai.

Meninjau diruangan balas, rata-rata pengikut Daud Kim berasa kecewa dengan tindakannya yang tidak mencerminkan ajaran Islam apabila dilihat berpesta dan mabuk di sebuah kelab malam.

Bukan itu sahaja, para pengikut turut hilang rasa hormat apabila tindakan Daud Kim yang dilihat tidak bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya.

image is not available

Sumber : Twitter 

Terdahulu, video yang dimuat naik isteri kepada Daud Kim juga tular dimana dia menunjukkan anggota badannya cedera dipercayai dipukul oleh Daud Kim.

image is not available 3 hari lalu

"Agak Agak Lah, Carilah Watak Tua Sikit" - Netizen Terkejut Maria Farida Bawa Watak Ibu Kepada Aaron Aziz