Google Mengurangkan Insiden Akaun Digodam Sebanyak 50% Sejak Pengesahan Dwi Faktor Diaktifkan

TechnologyDigital
10 Feb 2022 • 8:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Google 2FA

Tahun lalu Google mengaktifkan ciri pengesahan dwi-faktor (2FA) pada 150 juta akaun pengguna mereka secara automatik sebagai langkah keselamatan. Hasilnya menurut Google, insiden akaun yang digodam dan diakses tanpa kebenaran pemilik berjaya dikurangkan sehingga 50% tahun lalu.

image is not available

Pengumuman ini dilakukan sempena Hari Internet Lebih Selamat semalam. Dengan sekuriti yang diperketatkan, pengguna akaun Google akan dapat memastikan data mereka terjaga dan dapat terus mengakses perkhidmatan-perkhidmatan yang memerlukan akaun Google untuk berfungsi.

Google turut mengumumkan kelak ciri melayari web yang diperketatkan akan diperkenalkan. Menerusi ciri ini lebih banyak langkah keselamatan akan dikenakan ketika melayari web. Ciri akan boleh dicuba pengguna apabila mengakses laman Security Checkup akaun.