
SHAH ALAM, 26 FEB: Seramai 387 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tiga sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menerima bantuan set alat tulis semalam.
Wakil rakyatnya berkata, tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram Jaya, SMK Agama Kuala Selangor dan SMK Pengkalan Permatang.
“Sumbangan disampaikan kepada pengetua atau wakil pelajar SPM terbabit mengikut tatacara operasi piawai (SOP) berikutan penularan wabak Covid-19 ini.
“Saya mendoakan semua calon dapat menjawab dengan lancar, jelas, betul dan tepat,” kata Rozana Zainal Abidin menerusi Facebook.
Peperiksaan SPM 2021 dijadualkan berlangsung mulai 2 Mac hingga 29 Mac.
The post 387 calon SPM DUN Permatang terima set alat tulis appeared first on Selangorkini.
