Wordle Jadi Kegilaan Global Termasuk Malaysia! Lihat Idea Kreatif Jenama Popular Sertai ‘Hype’ Permainan Ini

Gaming
8 Feb 2022 • 1:15 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
wordle

Korang dah pernah main permainan teka perkataan dekat Wordle? Permainan ni tiba-tiba popular dekat seluruh dunia sekarang, sampaikan pemain akan berlumba-lumba nak selesaikan perkataan misteri setiap hari. Agak cepat juga Wordle ni viral sebab berdasarkan laporan The Guardian, pada November 2021 jumlah pemain hanya 90 orang tapi sekarang dah cecah 300,000 pemain setiap hari.

Jadi macam mana nak main Wordle ni?

Permainan Wordle mudah dan menarik

Nak main pun mudah, kita hanya perlu meneka perkataan yang ada 5 huruf dan kita diberikan enam kali tekaan sahaja. Menariknya, setiap hari satu perkataan sahaja yang akan dikeluarkan untuk pemain meneka.

Pemain perlu masukkan apa sahaja perkataan dengan 5 huruf dan kita hanya berharap agar tekaan kita tepat. Kalau huruf yang diletakkan betul tapi berada pada tempat salah, kotak akan berubah jadi warna kuning dan jika huruf yang diteka tiada dalam sistem, kotak akan jadi kelabu dan kotak hijau jika betul.

image is not available

Bila korang berjaya dapat teka perkataan dengan tepat dan cepat, bolehlah kongsi keputusan dengan member…

image is not available

Berikut kami kongsikan 5 jenama popular yang memanfaatkan hype Wordle sebagai marketing

Jadi, sudah pasti permainan yang hype macam ni akan digunakan sebaiknya syarikat mahupun jenama popular dunia untuk dijadikan bahan pemasaran mereka. Seronok tengok idea kreatif meraka ni untuk kaitkan sesuatu perkara dengan produk yang dijual.

1. LEGO_Group

image is not available

2. Hilton Hotel

image is not available

3. Mercedes

image is not available

4. Gamuda Parks

5. University of East Anglia (UEA)

image is not available

Kalau korang ada perniagaan sendiri boleh la cuba cara ni juga. BONUS! Wordle ni dalam bahasa English sahaja tapi kalau korang nak teka perkataan dalam bahasa Malaysia ada juga gais. Boleh main dekat KATAPAT dan permainan dia lebih kurang jer dengan Wordle. Selamat bermain.

image is not available

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.