Uncle Kentang positif Covid-19

7 Feb 2022 • 7:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 57, atau 'Uncle Kentang' mengesahkan dirinya positif Covid-19 pada Isnin.

Berkongsi berita duka menerusi hantaran di laman Facebooknya, Uncle Kentang bagaimanapun tidak mendedahkan bagaimana beliau mendapat jangkitan tersebut.

"Sila doakan untuk saya sembuh. Kategori 4A Covid positif. Bubuh oksigen," katanya di laman Facebooknya itu pada Isnin.

Dalam hantaran berasingan, Uncle Kentang sebelum itu meminta bantuan netizen untuk berkongsi maklumat mengenai hospital swasta yang menjalankan pemeriksaan pengesahan Covid-19.

"Looking for hospital. Any private hospital can admit Covid patient? Please help. My number 016 2683999," catatnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengadu mengalami keletihan berikutan jadual pekerja yang padat termasuk ke kampung Paim Jelebu untuk mengagihkan dana banjir sebelum pulang semula ke Puchong pada hari sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved