Isu Tak Dididik Dengan Baik, Puteri Balqis Mohon Maaf Kepada Mia Sara

Entertainment
11 Feb 2022 • 10:29 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon cilik Mia Sara mencetuskan kontroversi di TikTok apabila mengeluarkan komen mengaitkan didikan keluarga ke atas Puteri Balqis.

Hal itu mengundang rasa tersinggung Puteri Balqis kerana kenyataan Mia Sara seolah-olah menyalahkan ibunya.

image is not available

Terbaru, Puteri Balqis tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mia Sara dan bapanya kerana terlalu beremosi.

Puteri Balqis mohon maaf

image is not available

Pelakon yang mesra dipanggil Aqish ini turut memohon maaf kepada peminat dan penyokong Mia Sara.

Aqish dengan ibu buat hal kami sendiri dan kami tak kacau orang. Jadi saya kecil hati dengan komen yang dibuat secara terbuka pasal keluarga tak didik saya dengan baik. Itu adalah satu fitnah yang besar. Dan bila awak kata keluarga, satu-satunya keluarga yang saya ada adalah ibu saya.

Jelas pelakon berusia 15 tahun ini lagi, dia tidak menunjukkan rasa cinta kepada Tuhan melalui gambar sebaliknya melalui puisi. Dia juga menunjukkan penyelasan melalui penulisan.

Dalam pada itu, Puteri Balqis memohon Mia Sara tidak mengulangi apa yang telah dilakukannya dan berharap mereka boleh ‘move on’ dengan hidup masing-masing.

Perkongsian penuh:

Kredit: Instagram morosechild

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.