“Love You, Sir” – ‘Scammer’ Menyamar Jadi Polis Sekali Kantoi Dengan Pegawai Polis Sebenar

25 Feb 2022 • 5:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang scammer yang menyamar menjadi polis telah menghubungi mangsanya namun kantoi selepas mangsa yang dihubunginya itu merupakan Pegawai Polis sebenar.

Menerusi video tersebut, dilihat scammer itu pada mulanya cuba untuk meminta butiran kad pengenalan diri (nombor ID) mangsa.

Lebih melucukan lagi, scammer itu malah membuat panggilan menerusi video dan menayang latar belakang yang kononnya dia sedang berada di Balai Polis.

image is not available

Difahamkan, kejadia itu belaku di Singapura dan tujuan scammer meminta nombor ID itu kononnya untuk proses pengesahan.

You from police force? Is it? You see what I’m wearing right now?

Namun, selepas mangsa yang dilihat memakai uniform polis sebenar muncul di hadapan kamera, lantas scammer tersebut terus menutup kameranya.

Where’s your video, come on switch on your video. What are you trying to do?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur melihat scammer yang panik apabila berhadapan dengan polis sebenar.

“Padan muka dia, asyik nak scam orang je, diri sendiri terkena,” tulis seorang netizen.

“Hahahhaha brother your head lah,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

Minta 'Transfer' RM5,000 Dalam Akaun Kawan, 'Scammer' Menyamar Jadi DS Zahid Hamidi