
Tular satu rakaman video menunjukkan sebuah kereta jenis Honda City merempuh beberapa buah kenderaan lain selepas diekori si perakam. Apa kes ni?
Menerusi video yang dimuatnaik @ptryhmzh di Twitter, perakam itu merupakan kakaknya yang juga telah dirempuh kereta berkenaan.
my sister was on her way pergi hantar barang. this white honda (kereta curi) rempuh everybody to get through. shout out to abang tepi tu baling batu kasi pecah tingkap!! pic.twitter.com/mPlfdz2ERV
—(@ptryhmzh) February 17, 2022
Kereta Honda City tersebut dipercayai telah dicuri seorang wanita ketika pemiliknya sedang hantar ‘parcel’ kepada penerima, tak sampai 5 saat tahu-tahu kereta hilang.
Bagaimanapun, sebuah persimpangan lampu isyarat yang sesak buatkan pemandu itu tidak boleh melarikan diri. Walaupun masih berdegil, terdapat orang awam yang lontarkan batu untuk pecahkan cermin sebelum mengeluarkannya dari kereta.
Mungkin nak lari dari dikejar punya pasal, sebab tu dia pergi rempuh semua kenderaan lain. Betul menyusahkan pengguna jalanraya lain!
Kredit: Twitter @ptryhmzh
The post Tular Video Honda City ‘Mengamuk’, Pemandu Wanita Kena Tibai Dengan Orang Awam appeared first on Oh! Media.

![[VIDEO] Wanita larikan kereta, rempuh kenderaan lain ditahan](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
