Oppo Reno7 5G & Reno7 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
22 Feb 2022 • 5:53 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Oppo Malaysia mengumumkan kemas kini terhadap siri Reno mereka melalui pelancaran Oppo Reno7 Pro 5G dan Oppo Reno7 5G. Kedua-duanya ditawarkan secara serentak bermula hari ini menerusi program tempahan awal.

image is not available

Harga Oppo Reno7 5G & Reno7 Pro 5G di Malaysia

Oppo menawarkan Oppo Reno7 5G pada harga RM1,999 manakala Oppo Reno7 Pro 5G pada harga RM2,999. Ada beberapa promo sedang berlangsung dalam tempoh tempahan antara 22 Februari hingga 4 Mac 2022.

image is not available

Setiap tempahan awal sama ada versi Pro ataupun bukan, melayakkan anda menerima hadiah bernilai RM1,406 sekiranya anda ahli My Oppo. Dalam kalangan hadiah itu ada:

  • Enco Buds
  • Reno Bag
  • Jaminan 1 tahun daripada skrin retak
  • Hadiah menerusi MyOPPO bernilai sehingga RM999

Pembelian secara luar talian pula memberikan anda peluang untuk beli beberapa aksesori lain melalui kaedah PWP iaitu diskaun 50% untuk membeli Oppo Watch Free ataupun Oppo Enco Air2.

Anda boleh lakukan tempahan awal siri Reno7 di laman rasmi mereka ataupun gedung dalam talian Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Oppo Reno7 Pro 5G

Oppo Reno7 Pro 5G adalah model paling berkuasa dalam kalangan dua yang dilancarkan kali ini. Ia diperkasa cip MediaTek Dimensity 1200-Max. Bersama-sama dengan cip itu adalah RAM 12GB dan storan 256GB.

image is not available

Bahagian muka telefon ini, Oppo memberikan panel OLED 6.5" beresolusi FHD+ dengan refresh rate setinggi 90Hz. Ia adalah paparan jenis berlubang di bahagian penjuru kiri bagi menempatkan kamera selfie 32MP.

image is not available

Masih tentang kamera, di bahagian belakang Reno7 Pro 5G ada tiga kamera belakang. Kamera utamanya adalah kamera 50MP dengan sensor IMX766, sensor yang sama digunakan pada Find X3 Pro. Kemudian, ia ada kamera ultralebar 8MP dan kamera terakhir adalah kamera makro 2MP.

Oppo mengentahkan keupayaan kamera telefon ini pada sudut software. Sejurus keluar kotak, telefon ini menjalankan sistem operas ColorOS 11 berasaskan Android 11. Ada ciri kamera seperti Ultra Night Video dan Live HDR yang katanya boleh berikan hasil video lebih cantik walaupun dalam keadaan cahaya terhad.

image is not available

Sepasang speaker dalam konfigurasi stereo ada pada telefon ini. Jadi, pengalaman menonton kandungan multimedia tentu lebih baik daripada telefon berspeaker mono.

Di bahagian bekalan kuasa, bateri 4,500mAh tersemat disamping papan utama. Ia ada pengecasan pantas SuperVOOC 65W yang mampu isi penuh bateri pada kadar kurang daripada 1 jam.

image is not available

Spesifikasi Oppo Reno7 5G

Oppo Reno7 5G adalah telefon yang sedikit kecil. Ia ada paparan 6.4" tapi masih menggunakan panel OLED FHD+ pada kadar segar semula sehingga 90Hz.

image is not available

Atas papan utamanya, ia diperkasa Dimensity 900 bersama-sama RAM 8GB dan storan 256GB. Kalau tak cukup, storan boleh diperluas melalui slot mikro-SD yang disediakan.

Di jabatan pengimejan, ada tiga buah kamera belakang yang boleh anda gunakan. Kamera utamanya adalah yang ada sensor 64MP, diikuti kamera ultralebar 8MP dan akhir sekali kamera makro 2MP.

image is not available

Kamera selfie Reno7 adalah sama dengan Reno7 Pro iaitu yang ada sensor 32MP.

Bateri 4,500mAh yang sama boleh ditemui di dalam telefon ini. Bersama-sama dengan bateri itu, ia turut diberikan teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 65W untuk kemudahan pengguna melakukan isian semula.

image is not available