Syarikat Sebalik NFT “Bored Ape Yacht Club” Dalam Perbincangan Suntikan Dana Pada Nilai RM20 Bilion

TechnologyDigital
4 Feb 2022 • 12:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Yuga Labs, salah satu syarikat yang popular dengan penawaran koleksi NFT “Bored Ape Yacht Club” kini dilaporkan dalam perbincangan bersama Andreessen Horowitz untuk suntikan dana baharu.

Suntikan dana berkenaan dijangka sekitar $200 juta, sekaligus menilaikan syarikat Yuga Labs berkenaa sekitar $5 bilion (~RM20 bilion mengikut kadar tukaran semasa).

image is not available

Buat masa ini, Yuga Labs menjana pendapatan utama mereka melalui jualan koleksi NFT, selain turut menerima sedikit imbuhan apabila sesuatu NFT terjual pada pasaran kedua dan seterusnya. Koleksi BAYC sedia terjual dengan jutaan ringgit setiap satu, dan turut dibeli oleh selebriti dan sebagainya.

Ia tidak diketahui lagi apakah perancangan seterusnya selepas suntikan dana ini, dan apakah tujuan utama suntikan dana berkenaan. Kedua-dua pihak tidak mengeluarkan komen buat masa ini.