'Kekalahan kepada Everton keputusan yang adil'

Football
13 Feb 2022 • 12:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGENDALI Leeds United, Marcelo Bielsa menyifatkan kekalahan 0-3 kepada Everton pada Sabtu, sebagai satu keputusan yang adil buat skuad kendaliannya.

Menurut Bielsa, biarpun bermula dengan baik namun kegagalan mengekang asakan tuan rumah, menyaksikan Leeds pulang ‘tangan kosong’ kali ini.

“Bagi kami, ia (kekalahan), satu keputusan yang adil kerana memang agak sukar untuk ‘bertahan’ apabila Everton melancarkan serangan bertubi-tubi di sepanjang perlawanan.

“Asakan itu menyaksikan benteng pertahanan kami agak goyah pada babak pertama, tetapi mujurlah jentera serangan dilihat berjaya melancarkan asakan ke benteng tuan rumah.

“Bagaimanapun, pada separuh masa kedua, kami mula bertahan dengan baik tetapi jentera serangan kami pula yang tidak berfungsi dengan baik dan sebab itulah mengapa saya katakan keputusan perlawanan kali ini dilihat sebagai keputusan yang adil,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan Leeds United tewas 0-3 menerusi jaringan Seamus Coleman pada minit ke-10, Michael Keanne (min-23) dan Anthony Gordon (min-78).

Kekalahan itu menyaksikan Leeds United berada pada kedudukan ke-15 dengan 23 mata berbanding Everton pada kedudukan ke-16 dengan 22 mata.

Mengulas lanjut Bielsa berkata, jentera serangan Leeds juga dilihat gagal menghasilkan asakan berbahaya ke gawang Everton pada perlawanan berkenaan.

Justeru katanya, aspek berkenaan akan diberikan perhatian serius bagi memastikan skuad The Whites itu lebih agresif menjaringkan gol pada perlawanan-perlawanan akan datang.

“Kita akan berikan perhatian serius terhadap aspek ketumpulan jentera serangan pasukan ini untuk kita melakar kemenangan pada perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved