Vivo Telah Mendaftar Tanda Dagang Untuk Peranti Skrin Boleh-Lipat – Vivo NEX Flex, Flip Dan Pocket

TechnologyDigital
15 Feb 2022 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sudah lama Vivo tidak hadir dengan peranti mercu sebenar untuk pasaran global, iaitu siri NEX mereka. Sejak kebelakangan ini mereka dilihat fokus dengan siri X mereka yang memfokuskan fotografi. NEX 5 pula dijangka akan tiba bulan ini, namun butirannya masih misteri lagi.

Terkini, Mukul Sharma yang terkenal dengan banyak maklumat tertiris untuk peranti daripada China mendedahkan yang Vivo telah mendaftar tanda dagang untuk beberapa peranti NEX. Antara yang kita boleh lihat adalah NEX Ultimate, NEX Ultra, NEX Max dan NEX Pro+. Sama ada adakah ini variasi untuk NEX 5 juga masih belum diketahui.

image is not available

Apa yang menarik adalah, Vivo turut mendaftar tanda dagang untuk NEX Flex, NEX Flip dan NEX Pocket yang jelas menyatakan ia mungkin adalah untuk peranti dengan skrin boleh-lipat mereka. Peranti seperti ini tekah mereka tundakan, kerana laporan menyatakan mereka akan melancarkan pada suku ke-4 2021 tidak menjadi realiti.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada Vivo akan datang dan lihat, mampukah mereka bersaing dengan Samsung, Oppo atau Xiaomi.