
BEAUFORT: Seorang penganggur berumur 57 tahun ditahan polis setelah didapati memiliki senjata Bakakuk pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Yusoff Zaki Yaacob yang mengesahkan tangkapan itu pada Sabtu berkata, penahanan dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pansong.
“Kira-kira pukul 2.30 petang, pemeriksaan di rumah itu membawa kepada penemuan selaras senjata api buatan sendiri (bakakuk) serta peralatan yang digunakan untuk membuat senjata api itu.
“Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya.
Dalam kes berasingan, katanya, seorang lelaki turut ditangkap di Kg Bingkul kerana memiliki syabu dalam Ops selamat Tahun Baru Cina.
“Suspek ditahan ketika sedang memandu kereta seorang diri dalam keadaan mencurigakan.
“Pemeriksaan ke atas suspek telah menjumpai dua paket plastik lutsinar kecil berisi hablur jernih yang disyaki syabu dengan anggaran berat 0.40 gm.
“Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati saspek positif dadah jenis Amp dan Meth,” katanya dan menambah, kes disiasat di bawah Sekyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Sekyen 15 (1)(a) Akta sama.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
