Perisian Menyahkunci Prestasi Melombong Kriptowang Untuk GPU NVIDIA Sebenarnya Ialah Perisian Hasad

TechnologyDigital
24 Feb 2022 • 1:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Semalam kami ada melaporkan tentang sebuah perisian RTX LHR v2 Unlocker yang boleh digunakan untuk memintas kekangan melombong kriptowang Lite Hash Rate Limiter pada kad-kad grafik keluaran NVIDIA.

Jika anda bercadang untuk menggunakan perisian tersebut, nasihat kami ialah untuk tidak menggunakannya, kerana ia telah dilaporkan bahawa perisian ini mengandungi perisian hasad yang akan menjangkiti powershell.exe sesebuah komputer.

image is not available

Tom’s Hardware mengatakan lagi bahawa janji perisian tersebut bahawa ia akan menyahkunci prestasi melombong kriptowang tersebut adalah satu penipuan, dan menyarankan orang ramai untuk tidak memuat-turun dan menggunakan perisian ini.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi apakah perisian hasad ini akan lakukan terhadap komputer anda, tetapi untuk memastikan komputer anda tidak terkesan dengan sebarang serangan godaman dan kemungkinan kad grafik anda rosak akibat perisian ini, nasihat kami ialah untuk tidak menggunakannya.