
SHAH ALAM, 11 FEB: Sebanyak 50 ekor ayam disumbang Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati kepada warga Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar, Kuala Selangor yang dikuarantin Covid-19.
Ahli Dewan Negerinya Juwairiya Zulkifli berkata pihaknya juga turut menyumbang pelitup muka, kit ujian kendiri, sut pelindung diri (PPE) dan pensanitasi, semalam.
“Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) juga menyumbangkan ubat-ubatan untuk pelajar tahfiz yang akan dihantar dalam masa terdekat,” katanya menerusi Facebook.
Beliau memaklumkan setakat ini seramai 83 warga pusat pengajian itu termasuk tiga guru didapati positif Covid-19.
“Sama-sama kita doakan semoga semua pelajar diberikan kesembuhan segera dan kembali pulih seperti sediakala,” katanya.
The post DUN Bukit Melawati sumbang 50 ayam kepada pusat tahfiz dikuarantin Covid-19 appeared first on Selangorkini.

