Tak Dapat Tahan Sebak, TokTi Menangis Lepas Dengar Peserta Nyanyi Lagu ‘Kesetiaan’

Music
21 Feb 2022 • 1:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam konsert Big Stage 2022 minggu ini, banyak peserta sudah mula menunjukkan taring mereka dengan menampilkan persembahan yang sangat hebat.

Dengan bertemakan lagu-lagu 2000an, ada diantara peserta yang berjaya menambat hati para juri dan memberikan mereka markah yang boleh dikatakan agak tinggi.

Tetapi satu persembahan yang telah mencuri perhatian ramai adalah daripada Aishah Retno yang mendendangkan lagu Kesetiaan nyanyian Allahyarham Siti Sarah sehingga membuatkan para juri tidak dapat menahan sebak terkenangkan arwah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Jelas kelihatan ketika Aishah sedang menyanyikan lagu terbabit, Datuk Siti Nurhaliza dan Ajai sama-sama menahan sebak kerana teringat kepada penyanyi asal lagu terbabit sehinggakan TokTi menitiskan air mata.

Dalam pada itu, Ajai turut mengambil kesempatan untuk meminta orang ramai agar sedekahkan Al-Fatihah buat arwah sebelum memberi komen kepada nyanyian Aishah.

image is not available

Nyanyian Aishah mendapat pujian daripada barisan juri kerana berbeza daripada nyanyian penyanyi asal dan netizen turut bersetuju serta mengatakan tiada ganti buat nyanyian arwah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

"Fitnah! Saya Kahwin Pakai Duit Sendiri” - Isu Saman 1 Juta, Bekas Menantu Balas Tuduhan Cef Wan