
Kota Kinabalu: Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) mahu pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguatkuasaan berkaitan menjelaskan bagaimana seseorang yang didakwa atas kesalahan penyelewengan dana awam sehingga RM32 juta boleh diberi pelepasan dengan hanya membayar kompaun RM30 juta dan tidak berdepan akibat selanjutnya.
Ini khususnya apabila ketersediaan RM30 juta untuk membayar kompaun itu sendiri, terletak di tengah-tengah pertuduhan yang dihadapi.
