Denmark kekalkan tajaan pendidikan kepada pelajar Sarjana

4 Feb 2022 • 7:59 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Kerajaan menolak rayuan Dewan Perniagaan Denmark (DCC) mengenai pertukaran tajaan pendidikan kepada kepada pemberian pinjaman untuk pelajar Sarjana baru-baru ini.

Menurut Menteri Pendidikan dan Sains, Jesper Peterson, kerajaan akan mengekalkan pemberian geran tersebut tanpa membuat sebarang perubahan.

“Saya berpendapat bahawa geran pendidikan Denmark kepada pelajar memberikan peluang kepada semua orang untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi tanpa mengira latar belakang sosial mereka.

“Ini adalah sesuatu yang akan kita hadapi meskipun parti Liberal, Venstre, sebelum ini mencadangkan untuk menukar sebahagian geran tersebut kepada pinjaman, namun itu bukan dasar kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, keputusan kerajaan tersebut disambut baik oleh Presiden Kesatuan Pelajar Kebangsaan di Denmark, Mike Gudbergsen.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat Peterson adalah contoh jelas daripada seorang menteri yang bertanggungjawab.

Dia yang mewakili 165,000 pelajar gembira dengan langkah kerajaan mengekalkan sistem geran pendidikan tersebut.

Terdahulu, DDC mencadangkan kertas kerja bertajuk ‘Sistem pendidikan tinggi berorientasikan masa depan untuk semua’.

Hujahnya, daripada menaja Sarjana pelajar, dana tersebut boleh digunakan untuk menangani masalah kanak-kanak kelas sosial rendah dan membetulkan diskriminasi jantina di peringkat pengajian tinggi.

Sumber: University World News