Tidak Lagi Perlu Melakukan Semakan Suhu Badan Bermula 11 Februari, Hanya Perlu Imbas MySejahtera

TechnologyDigital
8 Feb 2022 • 6:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Semak Suhu

Sejak dua tahun lepas, telah menjadi kebiasaan untuk kita melakukan semakan suhu badan sebelum memasuki sesuatu premis. Bermula 11 Februari 2022 kelak, perkara berkenaan tidak lagi diwajibkan dan bukan sebahagian daripada SOP untuk memasuki sesuatu premis.

Perubahan ini diumumkan oleh kerajaan hari ini selepas Kementerian Kesihatan memberikan bayangan untuknya sebelum ini.

image is not available

Dengan langkah ini, orang ramai hanya perlu mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera sahaja ketika memasuki sesuatu premis.

Malah, kerajaan juga akan membuang keperluan menyediakan buku rekod untuk pelawat daftar bermula 11 Februari.