Feri rosak, jeti jadi sesak

3 Feb 2022 • 9:09 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

LANGKAWI: Penularan video dan gambar memaparkan kesesakan serta keadaan tegang antara penumpang dan kru feri di Terminal Feri Penumpang Kuah di sini, petang semalam dan malam tadi.

Keadaan berlaku dipercayai berpunca daripada kerosakan feri.

Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid ketika mengesahkan kejadian itu, berkata situasi dipercayai berpunca daripada kerosakan feri berkapasiti besar.

“Saya dimaklumkan ada feri berkapasiti besar mengalami kerosakan pada saat akhir menyebabkan perjalanan sebahagian penumpang tertunda.

“Bagaimanapun, kesemua 423 penumpang terbabit selamat tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis jam 11.25 malam tadi menerusi Expres Bahagia 99,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Terdahulu, menerusi beberapa rakaman video yang dimuatkan di media sosial memaparkan keadaan sesak penumpang dan ‘perang mulut’ antara penumpang dan kru feri di Terminal Feri Penumpang Kuah, di sini.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik bersama video dan gambar terbabit, penumpang mendakwa kejadian sesak itu berlaku selepas perjalanan feri Langkawi-Kuala Perlis tertunda lebih lapan jam.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

The post Feri rosak, jeti jadi sesak first appeared on UMMAHToday.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved