Digi Hari Gaji Promo ada benda menarik untuk pelanggan prabayar dan pascabayar

Digital
24 Feb 2022 • 3:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Telco Digi hari ini mengadakan promo Hari Gaji yang berlangsung sehingga 27 Februari 2022. Sepanjang promo itu, pengguna prabayar boleh mendapatkan data percuma bila mereka tambah nilai akaun ataupun pengguna pascabayar boleh beli pas data Internet pada harga diskaun.

Promo untuk prabayar

Anda akan diberikan kuota percuma 5GB bila tambah nilai RM30 dilakukan. Syaratnya adalah hanya 1 penebusan boleh dilakukan sehari tapi anda boleh buat penembusan pada setiap hari sepanjang tempoh promosi.

image is not available

Ada beberapa saluran tambah nilai boleh digunakan seperti:

  • MyDigi Web dan APP
  • Shopee
  • Lazada
  • Boost
  • Touch 'n Go eWallet

Promo untuk pascabayar

Pengguna pascabayar berpeluang untuk dapatkan pas 15GB pada haraga RM15 menerusi Digi Store Online ataupun APP Digi. Pas yang dibeli sah selama 7 hari.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.