Facebook Reels Dilancarkan Kepada Pengguna Global Untuk Bersaing Dengan TikTok

TechnologyDigital
23 Feb 2022 • 9:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Meta melancarkan Facebook Reels kepada semua pengguna global selepas sebelum ini hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Ciri yang mirip dengan TikTok ini diperkenalkan terlebih dahulu pada Instagram tetapi dikembangkan ke Facebook oleh Meta kerana ia adalah ciri yang semakin popular.

image is not available

Pada Facebook Reels video sehingga 60 saat boleh dikongsi. Dengan ciri Remix pula, video pengguna lain boleh diubahsuai untuk kolaborasi. Ini adalah satu lagi ciri yang dipinjam daripada TikTok. Facebook turut memberikan ciri untuk pengguna yang memuat naik video panjang untuk memotong sebahagian klip ke Reels dan juga ciri draf untuk menyimpan video yang belum selesai disunting.

Facebook berkata Reels pada waktu ini ialah format dengan jumlah perkembangan pengguna yang paling pantas pada platform buatan mereka. Turut dilancarkan hari ialah sokongan pengiklanan kepada pengguna di AS, Kanada dan Mexico bagi membolehkan mereka menjana pendapatan menerusi kandungan yang dihasilkan.