Starlink Menawarkan Akses Internet Sehingga 500Mbps Pada Harga RM2.1k Sebulan – Pancar Internet Dari Satelit

TechnologyDigital
2 Feb 2022 • 7:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

SpaceX sedia menawarkan perkhidmatan internet berasakan satelit mereka, melalui perkhidmatan dinamakan Starlink. Selain perkhidmatan biasa, Starlink juga kini turut hadir dengan perkhidmatan Starlink Premium.

Melalui Starlink Premium, ia menawarkan kelajuan antara 150Mbps ke 500Mbps – peningkatan berbanding versi biasa yang tawar kelajuan antara 50 ke 250Mbps.

Starlink Premium juga menawarkan harga langganan yang agak tinggi, iaitu $500 sebulan, sekitar RM2100 mengikut kadar tukaran semasa.

image is not available

Pada masa yang sama, pengguna juga turut memerlukan perkakasan khusus untuk menyokong pancaran dari satelit, dan perlu mengeluarkan kos sebanyak $2500 (sekitar RM10400) untuk antena dan sebagainya.

SpaceX mengatakan perkhidmatan Starlink Premium ini turut boleh digunakan walaupun pada keadaan cuaca “ekstrim”, selain sokongan tersedia 24/7.

Perkhidmatan Starlink Premium ini dijangka akan ditawarkan pada suku kedua 2022 kelak.