Tablet Lenovo Tab M10 Plus Gen 3 Dilancarkan Dengan Snapdragon 680 Dan Stylus

TechnologyDigital
28 Feb 2022 • 6:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Lenovo Tab M10 Plus Gen 3 dilancarkan dengan cip lebih baik Snapdragon 680 berbanding hanya Helio P22T tahun lalu. Skrin sebesar 10.6″ IPS LCD dipadankan dengan cip Snapdragon 680 atau Mediatek G80 di pasaran tertentu, memori sehingga 6GB, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 7700 mAh yang menyokong pengecasan 20W.

image is not available

Tablet menggunakan kamera 8MP di hadapan dan 8MP juga di belakang. Terdapat kuad speaker stereo Dolby Atmos serta bicu audio 3.5mm. Sokongan stylus adalah menerusi Lenovo Precision Pen 2 yang dijual berasingan.

Sistem operasinya pula adalah Android 12. Peranti masih sekadar menyokong rangkaian 4G. Antara aksesori yang ditawarkan ialah kerangka folio dengan penutup boleh dilipat. Tablet akan dijual pada harga bermula €249 (~RM1171).