“Senang Je Dapat RM5.4 Juta..” – Tudung Fazura Laku Keras, ‘Sold Out’ Hanya Dalam Tempoh Sejam

27 Feb 2022 • 12:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kini memiliki jenama tudungnya yang tersendiri, pelakon jelita Nur Fazura nampaknya semakin dikenali sebagai seorang usahawan pula dalam kalangan peminat.

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu ada melancarkan tudung terbaharu dengan edisi yang diberi nama ‘Rahmat Ramadhan’ yang khabarnya telah ‘sold out’ dalam hanya tempoh satu jam.

Perkara tersebut turut dimaklumkan Fazura menerusi satu hantaran di Instagram miliknya di mana dia ada meluahkan rasa syukur kerana sambutan hebat penjualan tudungnya itu di laman jualan atas talian.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat termasuklah rakan artis khabarnya tidak sempat untuk membeli koleksi tudung tersebut kerana terlalu cepat disambar orang yang bertuah.

Hanya dijual dengan harga pasaran RM27 sehelai, pastinya ia telah menjadi satu item mampu dimiliki oleh setiap orang tidak kira status.

RM27 sehelai je, tapi berjaya jual 200 ribu dalam hanya sejam. Senang-senang je Fazura dapat RM5.4 juta.

Ramai juga yang memuji reka bentuk tudung yang cantik selain harganya yang murah.

Tambahan ianya dijual oleh seorang artis yang cukup terkenal, pastinya tudung Fazura sentiasa dinantikan oleh peminat terutamanya kaum wanita.

image is not available 4 bulan lalu

Fazura Lancar Koleksi Baru, Stok Tudung Licin Dalam Masa 45 Minit

View Original Article