Didakwa Edar 374.6 Gram Dadah, Ismahalil Mengaku Tak Bersalah

21 Feb 2022 • 2:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Penyampai radio terkenal, Ismahalil Hamzah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram.

Pengakuan tidak bersalah itu dibuat Ismahalil di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ismahalil mengaku tak bersalah

Mengikut kertas pertuduhan, penyampai radio itu disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika disabitkan kesalahan.

Untuk tarikh pengurusan kes, mahkamah menetapkan pada 24 Mac hadapan.

image is not available

Terdahulu, penyampai radio Bapakku FM ini dalam satu nota ringkas kepada peguamnya meminta maaf dan menjelaskan tuduhan bersabit dadah itu sebagai satu fitnah.

Dia yang ditahan reman di Penjara Sungai Buloh ketika itu berkata berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.